Bapa kepada ustaz Rashid. Dari sini lah bermulanya perubatan tradisional ini yang diperturunkan secara turun temurun. Namun sekarang ini ianya telah dikemaskinikan oleh mereka mereka yang arif dibidang masing masing dan sesuai dengan perubahan masa. Almarhum mempunyai 3 orang adik beradik. Dua diantaranya menetap di Singapura. Almarhum mempunyai 10 orang anak yang kesemuanya lelaki (dua meninggal kecil). Beliau merupakan seorang Santri keluaran Pondok Pesantren Tebu Ireng Jombang. Almarhum juga pernah menuntut di Selatan Thailand selama 3 tahun. Oleh kerana terlalu gemar menuntut banyak tempat yang beliau telah pergi . Diantaranya Siliwangi, Danau Toba, Thailand dan banyak lagi. Pernah ibu kepada almarhum menceritakan, beliau pernah pergi menuntut di Thailand sehingga rambutnya panjang hingga paras pinggang. Berpengalaman selama 40 tahun dalam bidang perubatan tradisional. Ada yang menggelarkan beliau sebagai dukun, pawang dan bomoh. Namun pada hakikatnya Almarhum Raden Morni adalah seorang insan biasa yang dianugerahkan sedikit kelebihan agar dapat membantu masyarakat sekelilingnya. Nama beliau terkenal hingga Sabah dan Serawak. Pesakit dari negara jiran seperti Singapura, Thailand dan Vietnam juga pernah datang berkunjung untuk mendapatkan khidmat beliau.


Laman Utama          Sejarah              Testimoni          Galeri Gambar       Galeri Mistik
Galeri Herba         Cerita Misteri           Rawatan         Hadis / Surah             Silat                    Forum
Info Almarhum Ayahanda Raden Morni Bin Raden Ahmad
Questions or problems regarding this web site should be directed to
[admin@perubatan.net].
Copyright� 2007 For Perubatan Bibit Ramanda Inc. By Mangkok n The Geng. All rights reserved�.