HARIMAU CHEPOH.
(NENEK SITI ROKIAH).

Beliau katakan seorang wali allah dari keturunan Sulawesi selatan ( suku mandar ) yang berhijrah keMadura. Mempunyai 4 orang adik beradik.

  1. SITI KHADIJAH.
  2. PANGLIMA SYED ZAKARIAH. ( PULAU BUKUM ).
  3. SITI ROKIAH. ( SINGAPURA DAN KUALA LUMPUR ).
  4. SITI ROKINI. ( SINGAPURA ).

Menurut penjaga makam ( arwah junaid ) cucu nenek Siti rokiah, bapa kepada 4 orang wali allah tersebut bernama Syed Ahmad yang makamnya di atas sedikit diBukit Timah Singapura. Hanya orang yang benar benar bersih sahaja yang akan sampai kesitu. Banyak kejadian aneh menurut beliau. Pernah seorang yang berbangsa Cina hendak minta nombor ekor  pengsan setelah muntah berdarah didalam perjalanan mendaki bukit. Kalau yang berpakaian tidak sopan, selalunya akan bertemu dengan kera putih yang sangat besar (hanuman).  Makam nenek Siti Rokiah dan Syed Ahmad agak tersorok. Namun sering dikunjungi orang ramai. Demi menjaga nama baik nenek Siti Rokiah pondok yang didirikan oleh mereka yang  bernazar telah dirobohkan oleh pakcik Junaid. Dari sumber cerita orang ramai dan pakcik Junaid sendiri, sekiranya sesiapa yang berziarahke tempat itu  agak lewat petang, selalu akan terserempak dengan seekor Harimau yang Chepoh sebelah kakinya dan berekorkan rotan. Mungkin dari situlah nenek Siti Rokiah digelar  HARIMAU CHEPOH. Syed ahmad dan keluarganya bukanlah  wali allah yang telah wafat. Cuma pakcik Junaid diminta membuat tanda dimana tempat  nenek harimau chepoh selalu datang (menampakkan diri). 

Nukilan:
ANDI BONGSU
GURU UTAMA PERSAS.
( cucu )


Laman Utama          Sejarah              Testimoni          Galeri Gambar       Galeri Mistik
Galeri Herba         Cerita Misteri           Rawatan         Hadis / Surah             Silat                    Forum
Info Makam Wali Allah di Singapura ( Harimau Chepoh )
Questions or problems regarding this web site should be directed to
[admin@perubatan.net].
Copyright� 2007 For Perubatan Bibit Ramanda Inc. By Mangkok n The Geng. All rights reserved�.