Zakar

Zakar merujuk kepada alat kelamin lelaki dan merupakan organ yang utama dalam sistem pembiakan lelaki.
Struktur
Di dalam zakar terdapat tiga turus tisu erektil; ketika zakar dalam keadaan lembik maka zakar akan menyerupai seolah-olah satu span yang berbentuk silinder - kecuali jika dalam keadaan normal akan menjadi membesar bila darah mengalir. Salah satu silinder terletak pada pangkal zakar mengelilingi uretra, iaitu silinder yang bernama korpus spongiosum. Dua silinder yang terletak di sisi bahagian sebelah atas zakar; setiap silinder ini bernama korpus kavernosum.
Korpora kavernosum (himpunan daripada korpus kavernosum) berperanan dalam membentuk kekerasan zakar ketika tegang, sementara itu korpus spongiosum membuatnya lebih lembut. Salah satu dari dua arteri utama zakar terdapat disepanjang pertengahan setiap korpus kavernosum di mana darah mengalir dari zakar menuju jantung melalui urat-urat darah halus yang terletak berhampiran dengan kulit.
Kelenjar Cowper menyimpan cecair pelumas yang biasanya digelar "cecair pra-pemancutan" (dalam bahasa Inggeris basahan: "pre-cum"). Bahagian batang dari zakar yang tertanam jauh didalam tubuh menyebabkan mengapa batang zakar tidak bonyok seperti testis. Disekeliling batang zakar terdapat jaringan penyambung dan seluruh batang zakar dilindungi oleh lapisan kulit yang tipis.
Kefungsian
Ketika lelaki mendapat rangsangan seks (baik secara fizikal ataupun mental), urat saraf dihantar ke suatu tempat yang terletak pada pangkal urat saraf tulang belakang yang disebut pusat tegang. Saraf tersebut terbentang melalui pusat tegang sampai ke zakar dan memberikan pesanan yang mengakibatkan berlaku suatu bahan, iaitu asetilkolin, yang menyebabkan arteriol di dalam batang zakar membesar atau melebar. Pada saat yang sama, otot-otot disekeliling urat pada pangkal zakar mengecut, menghalang aliran darah keluar dari zakar. Akhirnya, batang zakar mula penuh dengan darah dan memanjang. Ketika memanjang, zakar secara keseluruhan mula membesar dan mengeras.
Meskipun pusat tegang yang berada pada saraf tulang belakang berperanan dalam memberi ketegangan, tetapi otak juga memainkan peranan yang penting. Otak terlibat secara langsung mengirim pesanan ke pusat tegang dan menyebabkannya melakukan aksi, hal ini dapat menjelaskan mengapa gambar-gambar yang merangsang ketika dilihat dapat menimbulkan ketegangan. Otak selain menyebabkan ia tegang, juga dapat menghalang dari terjadinya tegang. Sistem saraf terdiri dari dua subsistem, iaitu sistem saraf simpatetik dan sistem saraf parasimpatetik.
Sistem saraf simpatetik berfungsi untuk hal-hal yang berkaitan dengan rasa takut, reaksi balasan, dan pemancutan. Sementara itu, saraf parasimpatetik berfungsi dalam hal-hal yang berkaitan dengan ketenangan, menggerakkan otot organ-organ yang berhubungan dengan pencernaan, dan sebagainya. Sistem saraf parasimpatetik juga berfungsi dalam mengakibatkan terjadinya tegang. Jika kedua-dua sistem ini bekerja saling berlawanan, rasa takut - atau orgasma - ia boleh menghalang terjadinya ketegangan. Itulah sebabnya mengapa seseorang cenderung kehilangan tegang setelah pemancutan, sedangkan orgasma merupakan suatu peristiwa besar bagi sistem saraf simpatetik, maka pada saat orgasma termuncul, hal ini pada dasarnya melemahkan sistem saraf parasimpatetik untuk sesaat dan menyebabkan ketegangan menghilang.
Dalam konteks ini, jelaslah mengapa mati pucuk (ketidakmampuan untuk mencapai ketegangan yang sesuai dengan tuntutan yang diinginkan) merupakan masalah bagi sejumlah lelaki - jika mereka merasa resah bahawa mereka tidak akan mampu melakukan hubungan seks, maka sistem saraf simpatetik mereka yang menguasai (mendominasi). Sebenarnya, hal ini lebih menyukarkan mereka untuk mencapai tahap ketegangan yang optimum. Maka bertenang adalah kunci untuk menegang.
Ketegangan zakar tidak semestinya berkait dengan kegiatan seks, terutama pada lelaki yang masih berusia muda. Tegang yang bersifat spontan merupakan hal yang umum dialami oleh para remaja lelaki, tetapi tidak ada yang dapat mereka melakukan untuk mengatasi hal ini. Tegang juga sering kali muncul pada saat tidur, dan menyebabkan seseorang bangun dalam keadaan zakar yang tegang.
Disebabkan zakar merupakan satu organ yang disokong oleh darah, ia mempunyai mekanisme penyelamat, iaitu ia akan kehilangan ketegangan setelah tempoh tertentu. Ini kerana darah yang tersekat dalam zakar akan kehilangan oksigen dengan pantas dan sekiranya darah tidak beroksigen kekal dalam zakar untuk tempoh masa yang panjang, sel-sel dalam zakar akan mulai mati. Ini merupakan mengapa mereka yang menyalahgunakan ubat perangsang (mereka yang sihat tetapi makan ubat perangsang) berhadapan dengan risko mati pucuk. Ini disebabkan zakar mereka tegang terlalu lama menyebabkan darah yang terperangkap dalam zakar kehabisan oksigen, menyebabkan sel-sel zakar lemas. Sekiranya ia berlarutan melebihi 12 jam, rawatan doktor diperlukan bagi menjalani pembedahan kecil bagi mengeluarkan darah dari dalam zakar bagi mengelakkan sel zakar mati secara kekal