Kencing Manis (Diabetes)

Kencing manis adalah suatu keadaan kesihatan di mana badan tidak dapat mengawal penggunaan gula secara normal. Penyakit ini biasanya akan merosakkan pembuluh-pembuluh darah di dalam tubuh. Sekiranya penyakit kencing manis ini merosakkan ginjal maka terjadilah suatu keadaan yang dikenali sebagai 'diabetic nephropathy'.
Indikator utama penyakit Kencing Manis atau Diabetes Mellitus adalah tingginya kadar gula (glukosa) dalam darah (hiperglikemia). Penyakit ini terjadi akibat kurangnya produksi hormon insulin dalam pankreas. Tanpa insulin, tubuh tidak mampu melakukan metabolisme glukosa dengan baik. Padahal proses metabolisme ini diperlukan agar dapat diserap oleh sel-sel tubuh menjadi energi.