HIPERTENSI

HIPERTENSI atau lebih dikenali sebagai tekanan darah tinggi . Selain sejenis masaalah kesihatan yang kerap ditemui , ia juga sering dikaitkan dengan lain-lain penyakit yang boleh menyebabkan kematian seperti strok dan penyakit jantung . Hipertensi didefinasikan apabila tekanan darah seseorang melebihi normal iaitu melebihi 140 / 90 . Penyakit yang biasanya dihidapi oleh mereka yang berumur melebihi 40 tahun ini biasanya dihidapi oleh kaum lelaki . Kaum lelaki lebih terdedah dengan masaalah ini , namun risiko untuk wanita menghidapinya adalah sama selepas mereka putus haid ( menopaus ) . Ini kerana , apabila menopaus hormon estrogen yang melindungi wanita daripada kebanyakkan penyakit ini kurang dihasilkan . Keadaan inilah yang menyebabkan wanita menopaus mempunyai risiko tinggi untuk menghidap hipertensi . Dalam kebanyakkan kes hipertensi puncanya tidak dapat dipastikan . Biasanya mereka yang mempunyai latar belakang keluarga menghidap penyakit ini berisiko tinggi mendapat masaalah seumpamanya . Namun , bagi hipertensi sekunder , lima hingga sepuluh peratus berpunca dari penyakit-penyakit lain iaitu endokrin dan buah pinggang (renal) .

Tanda � Tanda
Hipertensi tidak mempunyai tanda � tanda tertentu yang menunjukkkan bahawa seseorang itu menghadapi masaalah ini .
Sakit kepala yang sering dikaitkan dengan hipertensi juga tidak boleh dijadikan bukti kukuh mengesahkan seseorang menghidap hipertensi melainkan jika tekanan darah terlalu tinggi . Ini kerana sakit kepala juga berpunca dari tekanan , demam dan lain-lain lagi . Sakit kepala itu sendiri boleh menyebabkan tekanan darah menjadi tingi .
Rawatan Bibit Ramanda ada menyediakan urutan khas kepada penghidap . Persiapan herba juga akan / diberikan kepada yang mahu mencuba .

INSYALLAH