LEMAH JANTUNG

Penyakit lemah jantung , AWAS ! penyakit ini merupakan pembunuh nombor satu selain dari kemalangan dijalan raya . Penyakit ini lebih kerap menyerang kaum lelaki dari kaum wanita ( 5 : 1 ) . Ini adalah kerana didalam tubuh wanita ada terdapat sejenis hormone semulajadi yang disebut OESTROGEN . Ianya akan mengekalkan saiz saluran darah dalam keadaan normal . Akan tetapi jika wanita itu merokok ataupun penghidap kencing manis akan berpotensi besar dihidapi penyakit lemah jantung seperti kaum lelaki juga .

Diantara punca penyakit ;
Kencing Manis
Oleh kerana penghidap kencing manis akan mengalami kekurangan kandungan insulin didalam badan , maka ianya mudah terdedah dengan serangan jantung .
Faktor Keturunan
Faktor keturunan juga menjadi penyebab sehinggakan ianya juga dikenali dengan penyakit keturunan .
Diet
Tabiat pengambilan makanan juga mempengaruhi kesihatan , terutamanya jantung . Pengambilan makanan yang mengandungi lemak akan menyempitkan saluran darah untuk bekalan darah dijantung .
Alkohol
Alkohol adalah musuh jantung . Alkohol akan memusnahkan lemak yang diperlukan ( HDL ) . Ianya adalah hasilan dari sayuran . Maka alkohol akan memusnahkan HDL kepada LDL ( Lemak kurang baik ) .
Merokok
Kandungan racun didalam asap rokok boleh menyebabkan paru-paru tidak dapat membekalkan oksigen yang secukupnya . Apabila oksigen tidak cukup , ianya secara langsung akan menjejaskan jantung dari berpotensi dengan baik .