BARAH / KENSER

Barah atau kanser merupakan sejenis penyakit di mana sel tubuh pesakit itu sendiri membiak di luar kawalan dan keupayaan sel-sel tersebut untuk memasuki tisu biologi lain, sama ada melalui pertumbuhan langsung sel bersebelahan atau pemindahan kepada sel jauh (metastasis). Pertumbuhan luar kawal ini disebabkan oleh kerosakan kepada DNA menyebabkan mutasi kepada gen penting yang mengawal pembahagian sel, selain fungsi lain. Salah satu daripada mutasi tersebut, yang boleh diwarisi atau didapati, mampu menyebabkan pembahagian sel luar kawal dan pembentukan tumur ("bengkak" dalam bahasa Latin) merujuk kepada sebarang jisim tidak normal sama ada malignant (barah) atau benign (bukan barah). Hanya tumur malignant mampu memasuki tisu lain atau metastasizing.
Barah telah menjadi masalah utama akibat peningkatan tempoh jangka hayat. Ini disebabkan kadar mutasi semakin meningkat selaras dengan tempoh hayat yang semakin berpanjangan. Walaupun kemajuan yang besar telah dicapai dalam cara rawatan, kebanyakan barah yang telah mencapai tahap lanjut, masih kekal tiada rawatan dan akhirnya membawa maut. Walau bagaimanapun bagi pesakit barah walaupun tidak terdapat ubat yang berkesan, semenjak 20 tahun kebelakangan perkembangan penjagaan palliative telah meningkat dengan meluas.
Rawatan barah biasanya dikendalikan oleh onkologi, doktor yang khusus dalam rawatan penyakit malignant. Barah mampu menyebabkan pelbagai tanda, bergantung kepada tempat dan ciri meligan dan samaada berlakunya metastasis. Dignosa tepat biasanya memerlukan pemeriksaan tisu yang diambil melalui biopsi melalui mikroskop. Apabila didiognasa, barah biasanya dirawat melalui pembedahan, kemoterapi dan/atau rawatan radiasi.
Sekiranya tidak dirawat, kebanyakan barah akhirnya menyebabkan kematian; barah merupakan punca utama kematian di negara membangun. Kebanyakan barah boleh dirawat dan ramai yang sembuh terutamanya menerima rawatan pada peringkat awal. Kebanyakan bentuk barah berkait dengan fakor persekitaran, yang boleh dielakkan. Merokok tembakau mendorong kepada lebih banyak barah berbanding fakor persekitaran yang lain.

Mendiagnosis barah
Kebanyakan barah pada awalnya dikesan sama ada tanda atau simptom timbul atau melalui pemeriksaan. Tidak satupun merupakan diagnosis mutlak dan biasanya memerlukan biopsi. Sesetengah barah dikesan secara tidak sengaja semasa pemeriksaan kesihatan ke atas masalah lain yang tidak berkait.

Tanda dan simptom (kesan)
Biasanya simptom barah boleh dibahagikan menurut tiga kumpulan:
Simptom tempatan:
biasanya bonggol atau ketulan luarbiasa (tumor), pendarahan hemorrhage, sakit dan/atau ulser. Tekanan kepada tisu sekeliling mungkin menyebabkan simpom seperti demam kuning.
Simptom metastasis (merebak):
nod lymph, batuk dan hemoptysis, hepatomegali (hati bengkak), sakit tulang, tulang berkenaan retak dan simptom neurologi. Walaupun barah lanjut mungkin menyebabkan sakit, ia bukannya tanda pertama.
Simptom sistemik:
penurunan berat badan, anoreksia dan kakheksia (kurus), peluh berlebihan (peluh malam), anemia dan phenomena paraneoplastik khusus, contoh. keadaan khusus yang disebabkan oleh barah akif, seperi thrombosis atau perubahan hormon.
Setiap senarai di atas boleh disebabkan oleh pelbagai keadaan (senarai yang dikenali sebagai [[diagnosis pembezaan]). Barah mungkin punca biasa atau luarbiasa setiap senarai.

Pencegahan dan pengesanan awal
Disebabkan kesukaran merawat barah peringkat lanjut pencegahan dan pengesanan awal barah kekal menjadi strategi penting bagi mengurangkan penyakit dan kematian akibat barah.
Kaedah terbukti bagi mengurangkan risiko barah termasuk berhenti merokok dan mengelakkan semua karsinogen ( carcinogens ) seperti cahaya matahari, ketuat kelamin ( genital warts ).
Strategi pengesanan awal yang diterima pakai termasuk:

Penyaringan genetik berkemungkinan akan menjadi semakin penting pada abad berikutnya.
Kedua-dua teh putih dan teh hijau terbukti menghalang barah pada tikus, tetapi keberkesanannya pada manusia tidak jelas.

Biopsi
Barah boleh disyaki oleh beberapa sebab, tetapi diognasa bagi kebanyakan barah maligan mesti disahkan melalui pemeriksaan mikroskopik sel barah oleh anatomi pathologist. Prosedure mengambil sel dan/atau cepisan tisu, dan pemeriksaannya, dirujuk sebagai biopsi. Diognasa tisu menunjukkan jenis sel yang membiak, tahap displasia, dan kadar dan saiznya. kytogenetik dan ujian immunohistokimia mungkin memberikan maklumat mengenai bentuk hadapan barah (prognosis) dan rawatan terbaik.
Semua barah boleh sembuh sekiranya disingkirkan sepenuhnya, dan kadang kala ini boleh dilakukan melalui prosedur biopsi. Apabila keseluruhan ketumbuhan tisu luar biasa ("lesion") dibuang, sempadan contoh diperiksa dengan teliti unuk memastikan kesemua tisu malignan benar-benar dibuang. Sekiranya barah elah merebak kepada tempat lain dalam badan (metastasis), pembedahan unuk membuang sepenuhnya tisu barah adalah mustahil.
Jenis biopsi berganung kepada organ yang diuji. Kebayakan biopsi {seperi kulit, buah dada atau hati) boleh dirawat sebagai pesakit luar. Biopsi organ lain dilakukan menggunakan bius anesthesia dan memerlukan pembedahan.

Jenis barah
Sel barah dalam tumur merupakan descendant sel tunggal, walaupun selepas ia (metastasis). Dengan itu, barah dikelaskan menurut jenis asal sel dan lokasi sel.

Bentuk barah
Terdapat banyak bentuk barah dan ia dikelompok menurut samaada mengikut sel barah atau lokasi barah.
Sel termasuk:

Barah utama, menurut lokasi di tubuh:

Rawatan
Rawatan barah biasanya melibatkan pembedahan untuk membuang tumor dan nod lymph berhampiran yang mungkin dijangkiti barah, digabung bersama terapi radiasi dan ( chemotherapy ). Dua rawatan terakhir mensasarkan sel dalam tubuh yang membiak dengan pantas. Ini termasuk sel barah tetapi juga membabitkan sel sihat, yang merupakan sebab sampingan yang buruk dari rawatan ini.