ASMA / LELAH atau SEMPUT

Asma juga disebut Lelah atau Semput . Penyakit paru � paru yang terjadi akibat masaalah radang dan pengucupan saluran pernafasan . Penghidap akan melihatkan beberapa tanda , diantaranya yang jelas ialah kerimasan dan keletihan / perlahan akan gerak lakunya . Pernafasan yang berbunyi ( seperti siulan / meow ) akan kedengaran terutama semasa penghidap menghembuskan nafasnya . Akan tetapi bukan semua penghidap akan mengalami bunyi . Ada yang akan mengalami batuk yang kronik terutama diwaktu malam / sejuk atau selepas melakukan latihan fizikal .

Serangan yang dialami tidak semestinya sama . Ada yang sekadar sesak nafas , terasa berat dibahagian dada semasa menyedut nafas , berbunyi didalam rongga dada semasa mengeluarkan nafas , batuk kronik yang berpanjangan dan ada juga yang mengadu diganggu lendir yang banyak didalam dada . Akibat dari gangguan lender yang banyak , penghidap akan cuba untuk mengeluarkannya , maka terjadilah batuk yang kerap bahkan sehingga ke tahap yang kronik . Serangan juga berbeza waktunya . Ada juga serangan yang singkat bahkan ada yang berterusan jika telah sampai ke peringkat yang lebih kronik . Selain dari itu ada juga pesakit yang mengalami keadaan yan mencemaskan ( hilang nafas ) .

Lelah atau Semput ini sering dikaitkan dengan masaalah alahan . Walaupun bukan semuanya begitu , Akan tetapi alahan akan membawa kecenderungan serangan asma .

Disini ( Rawatan Bibit Ramanda ) kami ada menyediakan perkhidmatan urutan asma dan rawatan secara tradisional bagi menangani masaalah diatas . Penghidap dinasihatkan menjalani rawatan ulangan sekurang kurangnya 3 kali urutan . Bahan bahan herba ( untuk makan ) akan dinasihatkan . Keberkesanan urutan khas masaalah lelah / semput ini telah banyak terbukti .

Kepada penghidap yang telah selesa / pulih dan inginkan penjagaan seterusnya ( agar tidak mudah berulang ) ubatan secara homeopathy juga disediakan . Ianya akan merawat dinding dan saluran yang membengkak secara semulajadi . Serta pada peringkat akhirnya akan menguatkan system kekebalan semulajadi dari dalam .

INSYAALLAH .