Nama Saintifik
Phaeomeria imperialis

Nama Tempatan
Kantan

Khasiat
Bunga Kantan buleh menjadi ubat awet muda jika dimakan mentah . Ia juga baik untuk mengubati penyakit kencing manis , darah tinggi , menghilangkan rasa kurang upaya dan kurang selera makan dan rebusan batangnya boleh digunakan untuk menghilangkan bau badan .

Pokok herba ini tumbuh dalam satu rumpun . Pokoknya besar , berbatang lembut dan boleh mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter .
Daunnya panjang dengan tepi berombak , urat tengah seakan tenggelam dan tangkai daun yang pendek .
Jambak bunga kantan terdapat pada batang yang keluar dari tanah . Bunganya berwarna merah dan berbau wangi . Ia berbentuk bujur dan meruncing . Bahagian dalamnya kelihatan lebih putih .
Buah kantan berwarna hijau tua dan akan bertukar kepada warna cokelat apabila sudah masak . Seletah masak rasanya agak masam .
Batang kantan agak lembut dan mempunyai daun yang panjang .