Nama Saintifik
Mimosa Pudina L

Nama Tempatan
Semalu

Khasiat
Seluruh pokok Semalu berkhasiat dan boleh digunakan . Ia amat baik diamalkan oleh wanita . Air rebusan akar Semalu dapat mengecutkan peranakkan dan menghilangkan keputihan . Ia juga boleh membantu mengubati penyakit insomnia atau kesukaran untuk tidur . Semalu juga boleh menghilangkan batuk dan sengal � sengal badan , memudahkan proses melahirkan anak , mengurangkan pembengkakkan payudara , mengubati masaalah pencernaan .

Semalu adalah tumbuhan yang tumbuh meliar dan mudah ditemui ditepi � tepi jalan , tanah lapang , atas bukit dan dalam semak . Semalu mudah membiak melalui akarnya yang panjang dan tumbuh merumpun .
Daun Semalu amat sensitif dengan sentuhan , apabila disentuh ia akan menguncup dan menutup daunnya . Daunnya kecil � kecil dan tersusun berbentuk lonjong dan bulat dihujungnya . Daunnya berwarna hijau muda dan hijau tua apabila sudah hamper kering.
Bunga Semalu berbentuk bulat dan berbulu halus , berwarna ungu dan merah muda . Ia keluar dari hujung tangkai yang pendek .
Batang Semalu liat , bulat , berbulu dan berduri disekelilingnya . Dicelah � celah tangkai tumbuh bunga yang berbentuk bulat dan batangnya berwarna cokelat .
Akar Semalu tunjang dan panjang . Akarnya liat jika ditarik dan tidak mudah patah . Ia tumbuh dengan mencengkam bumi .