Nama Saintifik :
Tinospora crispa ( L ) miers

Nama Daerah :
Seruntum
Berta Wali

Khasiat :
Sesuai dijadikan sebagai ubat mengurangkan Penyakit Kencing Manis , Batangnya yang amat pahit mujarab untuk menghilangkan Sakit � Sakit Sendi atau Tulang , Ia mampu menyihatkan dan menambahkan tenaga serta sendi � sendi akan merasa lebih selesa .

Betra Wali adalah tumbuhan liar dan mudah ditemui di batang � batang pohon besar . Ia adalah sejenis tumbuhan menjalar dan hidup subur di perdu � perdu pokok yang mendapat cahaya matahari yang mencukupi . Batangnya sebesar jari kelingking dan terdapat bintil � bintil disekelilingnya . Batangnya lembut dan tidak liat , apabila ditarik atau dipatahkan , ia akan mengeluarkan bau dan rasa yang amat pahit .
Daun Berta Wali berwarna hijau dan kelihatan seakan � akan daun sirih . Daunnya tumbuh jarang dan tidak lebat . Daun Berta Wali amat pahit rasanya apabila dikunyah .
Bunga Berta Wali amat sukar ditemui . Ini kerana bunganya amat kecil dan berwarna hijau muda . Bentuknya panjang mengurai dalam satu tangkai halus , lembut dan mudah dicabut .