Nama Saintifik
Pereskia sacharosa/saecnarosa

Nama Tempatan
Jarum Tujuh Bilah
Bintang tujuh,Pokok kanser,Chat sim Chan

Khasiat
Pereskia dikatakan dapat merawat kanser terutamanya kanser kolon(usus besar), kanser hidung dan juga kanser lain. ia juga dikatakan dapat mengubat darah tinggi dan kencing manis

Tumbuhan dari keluarga kaktus ini mungkin satu-satunya kaktus yang mempunyai daun yang sebenar.Ia merupakan genus paling primitif dalam keluarga kaktus . Ia adalah tumbuhan yang mudah membiak. Memiliki ciri yang hampir menyerupai pokok parisan, pokok ini juga mudah ditanam dengan kaedah cantas dan cucuk . Ia juga boleh membiak melalui biji benih.
Daunnya mudah gugur jika terdedah dengan keadaan kering namun mudah pula tumbuh semula apabila air mencukupi. Terdapat 15-20 spesis pereskia terutamanya dari afrika selatan,amerika tengah dan India barat.
Sepanjang batangnya terdapat tujuh batang duri yang meruncing tajam , kerana itu juga ia dipanggil jarum tujuh bilah. Daunnya yang rangup boleh dijadikan ulam atau salad.