Nama Saintifik
Pluchea Indica (L.) Less

Nama Tempatan
Kayu(Burma)
Pras anbok(Kemboja)
cuc tan, cay luc, tu bi(Vietnam).
Beluntas

Khasiat
Beluntas merupakan sejenis ulaman yang juga mempunyai fungsi sebagai penawar dalam perubatan berasaskan herba . Jus beluntas digunakan untuk merawat disentri( berak berdarah). Daunnya juga digunakan untuk merawat penyakit keputihan yang biasa dideritai oleh wanita , merawat nafas berbau dan menggalakkan perpeluhan , demam , menyembuhkan ulser , menghilangkan lembam dan bengkak , keradangan. , melegakan sakit kepala , merawat rheumatik , lumbago dan penyakit tidak hadam , melegakan selsema , digunakan untuk menyembuhkan tulang retak , kencing manis, sebagai pelawas kencing.

Beluntas merupakan sejenis tumbuhan renek yang biasa dijumpai tumbuh liar terutamanya di kawasan yang agak berpaya di Asia tenggara . Ketinggian beluntas yang biasa dijumpai ialah sekitar 0.5 hingga 2.5 meter. Beluntas juga biasa ditanam sebagai tumbuhan pagaran dan sebagai tumbuhan penghias laman kerana fungsi daunnya yang boleh dijadikan ulam dan masak lemak .
Daunnya berbentuk ringkas dan tersusun dalam bentuk berselang.
Bunganya berwarna putih atau ungu dan mempunyai kelopak yang kecil .