Nama Saintifik
Justicia Gendarussa linn

Nama Tempatan
Daun rusa(melayu)
Ganda Rusa
Bo gu dan(cina)
Gendarussa(english)

Khasiat
Ia biasa digunakan untuk mengubat lebam akibat terpukul, tulang patah, rheumatik dan bisul . Ia juga boleh digunakan untuk menurunkan panas badan, menyembuhkan lumpuh otot muka (selalunya disebabkan oleh minor stroke) , sakit kepala , mata dan telinga .

Tumbuhan ini boleh dijumpai tumbuh liar dikawasan semak pada ketinggian 1-500 meter dari aras laut . Ia tumbuh tegak dan boleh mencapai ketinggian hingga 2 meter . Panjang daunnya lebih kura 5-20 cm dan daunnya dari jenis daun tunggal .Dua jenis gandarusa biasa dijumpai dan dibezakan oleh warna batangnya . Ada yang berwarna hitam dan ada yang berwarna hijau.Pokok berbatang hitam lebih popular sebagai ubat dari yang berbatang hijau .