Nama Saintifik
Ocimum sanctum Linn

Nama Tempatan
Kemangi

Khasiat
Air rebusan daun kemangi diminum untuk menangani masalah pernafasan, batuk dan bronkitis yang kronik. Kaedah yang sama juga digunakan untuk merawat masalah gastrik. Untuk asma pula jus dari daunnya diminum.

Kemangi merupakan sejenis tumbuhan yang banyak digunakan dalam masakan terutamanya masakan indonesia.Ia merupakan sejenis tumbuhan beraroma da baunya seakan-akan bau serai. Ia tumbuh rimbun dan mempunyai cabang yang banyak.
Daunnya tersusun dalam bentuk pasangan yang bertentangan dan tersusun dari arah atas dan bawah.
Batangnya pula berbentuk empat segi dan mempunyai bulu-bula halus.
Bunga kemangi Tersusun pada tangkai bunga yang berbentuk menegak. Bunganya dari jenis hemafrodit (dua jantina), berwarna putih dan berbau sedikit wangi.Bunga ini akan menghasilkan biji benih kemangi yang banyak dan kecil.