Nama Saintifik
Coriandrum sativum

Nama Tempatan
Ketumbar

Khasiat
Aroma dari daun ketumbar sudah cukup menimbulkan rasa lega dan tenang . Daun Ketumbar boleh menghilangkan rasa mual dan loga . Biji Ketumbar buleh membantu wanita menghentikan perjalanan haid yang tidak terhenti . Biji Ketumbar juga membantu memulihkan penyakit kuning . Ia juga digunakan dalam masakkan untuk menambah selera makan . Biji Ketumbar juga boleh dijadikan minyak angin .

Ketumbar terkenal dalam masakkan dan dikenali sebagai tumbuhan aromatik . Tumbuhan ini mudah didapati dikawasan tanah rendah dan merupakan tumbuhan renek .
Daunnya kecil dan tumbuh melalui banyak cabang dalam satu dahan . Daunnya berwarna hijau muda .
Buahnya pula berbentuk bulat , berwarna coklat dan licin . Kebiasaannya biji ketumbar dikeringkan untuk ditambah dalam masakkan .