Nama Saintifik
Clidemia Hirta

Nama Tempatan
Senduduk Paksa

Khasiat
Dalam perubatan tradisional melayu dan asli, senduduk paksa digunakan untuk mengubat penyakit sawan. Selain itu ia juga digunakan untuk mengubat luka. Daunnya dilayurkan pada api dan digentel untuk mengeluarkan getahnya. Getah ini kemudiannya disapukan pada bahagian yang luka .

Senduduk paksa merupakan sejenis tumbuhan renek yang biasanya dijumpai tumbuh liar dikawasan semak samun dan belukar.
Batang dan daunnya mempunyai bulu-bulu halus yang kesat.
Permukaan daun berwarna hijau berkilat dan daunnya berbentuk bujur. Daunnya lebar dan meruncing dibahagian hujung.Urat daun kecil dan banyak dan ia membentuk petak diatas daun. Daun dibahagi kepada beberapa bahagian (selalunya empat) oleh urat daun yang besar seolah-olah pangsa .
Bunganya muncul dalam bentuk jambak dihujung ranting.Bunga yang biasa dijumpai berwarna putih atau merah jambu samar.
Buahnya berbentuk bulat dan berbulu halus. Warnanya hijau ketika muda dan akan menjadi hitam berkilat apabila ranum .