Nama Saintifik
Ruta Angustifolia

Nama Tempatan
Aruda
Inggu
Garuda

Khasiat
Dalam perubatan tradisional pokok garuda digunakan terutamanya untuk mengubat penyakit seperti epilepsi(gilababi),hernia, histeria, flebis(radang pembuluh darah) dan athritis.ia juga digunakan untuk merawat penyakit lain seperti untuk menurunkan kepanasan badan bagi yang mengalami demam tinggi. Penggunaa dengan dos yang terkawal boleh merangsangkan otot uterus dan menggalakkan pengeluaran haid dan boleh digunakan sebagai penarak kehamilan.

Pokok garuda atau pokok inggu ialah sejenis tumbuhan yang berasal dari negara Eropah namun telah beradaptasi dengan persekitaran tropika dengan jayanya dan didapati tumbuh liar Di Negara negara tropika.Pokok yang beraroma kuat ini boleh tumbuh sehingga mencapai ketinggian hingga 1.5 m.
Ia mempunyai batang berkayu yang kecil dan mempunyai cabang yang banyak.
Daunnya berwarna hijau muda manakala bunganya yang akan muncul di hujung ranting mempunyai warna hijau muda.
Buahnya kecil berwarna coklat dan berbentuk lonjong. Ia mempunyai biji benih yang berbentuk buah pinggang.