Nama Saintifik
ACANTHUS ILICIFOLIUS L.

Nama Tempatan
Jeruju

Khasiat
Daun biji dan akar jeruju digunakan sebagai ubat cacing dalam perubatan tradisional melayu. 10 g akarnya direbus bersama segelas air selama 15 minit untuk diminum oleh pengidap penyakit kecacingan.Daun mudanya pula berfungsi untuk merawat sakit perut. Daunnya juga digunakan untuk merawat rheumatik dan Bisa akibat terkena racun sumpit/panah.

Jeruju merupakan sejenis tumbuhan semak yang boleh mencapai ketinggian antara 0.75 hingga 1.5 m.
Batang berkayu yang berbentuk bulat dan mempunyai permukaan yang licin. Batangnya berwarna hijau dan mempunyai duri pada bahagian dimana daun terbit.
Daunnya berbentuk daun tunggal dengan bahagian hadapannya bersilang dan mempunyai duri dibahagian tepi daun.Daunnya bersaiz antara 10 hingga 20 cm panjang dan 5 hingga 6 cm lebar. Ia mempunyai daun daun pelindung(pengasuh) berlapis dua dengan saiz lapisan dalam lebih kecil dari daun dilapisan luar
Bunganya berbentuk majmuk dengan panjangnya sekitar 6 hingga 30 cm.
Buahnya berbentuk bujur telur berwarna coklat kehitaman setelah matang dan mepunyai biji berwarna hitam yang berbentuk ginjal.
Akar jeruju berwarna putih kekuningan. ia mengandungi saponin, flavanid dan polifenot dan alkaloid(bijinya)