Nama Saintifik
Neptunia Postrata / Oleacea L

Nama Tempatan
Keman Air
Kenam Hantu
Kamcong Puteri
Setangki

Khasiat
Keman Air dipercayai mampu mengubati sakit telinga , resdung dan demam panas . Pucuk Keman Air juga boleh dijadikan sayuran atau dicampur dalam masakkan kari untuk menambah keenakkannya .

Tumbuhan ini seakan � akan daun semalu tetapi hidup terapung di air . Tumbuhan menjalar ini mempunyai batang yang bulat dan boleh terapung kerana terdapat tisu korteks atau span berwarna putih . Tumbuhan ini juga peka pada sentuhan seperti daun semalu .
Daunnya berbentuk bunjur panjang dan membentuk bulat dihujung .
Bunganya kecil seperti pokok semalu tetapi berwarna kuning . Lenggainya berbentuk bujur , panjang berwarna hitam keluar dihujung tangkai berbentuk leper .