Nama Saintifik
Zingiber Officinale Var Rubrum

Nama Tempatan
Halia Bara

Khasiat
Berkesan untuk menghilangkan tompok panau , menghilangkan kelemumur , sengal �sengal otot , sendi dan urat saraf , meredakan demam malaria , batuk , kekuatan fizikal dan tenaga batin untuk lelaki , merawat resdung , melegakan gout . Tetapi ia tidak digalakkan untuk meminum air rebusannya selalu kerana dikhuatiri akan merosakkan usus dan pedih hati .

Halia Bara mempunyai bentuk yang sama dengan pokok halia . Bezanya Cuma pada sais pokok , Ubinya lebih kecil dan daunnya yang lebih meruncing . Juga berbeza pada ubinya yang berwarna merah tua . Baunya juga lebih kuat berbanding halia biasa