Nama Saintifik
Plantago major

Nama Tempatan
Daun Senduk
Ekor Anjing
Che Qian Cao

Khasiat
Air dari rebusan daunnya mampu merawat dan mencegah dari pelbagai penyakit seperti asma , batuk , darah tinggi serta penghidap batu karang . Air rebusannya juga boleh mengubati demam . Selain dari merawat penyakit dalaman , ia juga mampu merawat penyakit luaran seperti mengubati luka , sakit gigi , bengkak gusi , dan daunnya juga boleh dibuat losyen untuk masaalah jerawat .

Pokok Ekor Anjing ini tumbuh meliar dihutan , ladang atau kawasan persekitaran yang lembap dan terlindung dari cahaya matahari . Ekor Anjing tumbuh secara berkelompok dan mampu hidup lama ditanah keras dan berpasir .
Daun Ekor Anjing berbentuk bulat bujur telur . Daunnya lebar dan bertulang sejajar . Tepi daunnya rata atau bergeriji kasar . Permukaannya licin dan urat daun kelihatan selari .
Bunga Ekor Anjing tumbuh pada batang yang menegak . Buahnya berbentuk bulat dan akan bertukar kewarna hitam apabila masak .