Nama Saintifik
Oxalis corniculata

Nama Tempatan
Belimbing Pasir

Khasiat
Belimbing pasir banyak digunakan dalam perubatan tradisional melayu dan india untuk mengubati demam , penyakit skurvi , senak perut , pembuka selera , masalah berak berdarah (disentri) dan enteritis yang tidak terlalu teruk , penyakit kuning , dahaga melampau yang disebabkan oleh diabetis atau bahang cuaca yang terlalu panas , masalah kulit , insomnia dan masalah mata . Oleh kerana ia mengandungi asid oksalik yang berkepekatan tinggi , pesakit gout ,athritis dan rheumatik dilarang dari mengambil persediaan herba dari tumbuhan ini . Selain daripada itu ia juga kaya dengan vitamin B, zat besi dan kalsium . Ia juga kaya dengan kalium oksalat

Tumbuhan dari jenis dikotiledon ini mudah dijumpai tumbuh liar dikawasan lapang yang berpasir . Ia mudah menguasai sesuatu kawasan dan merupakan rumpai yang perlu dikawal dikawasan pertanian . Ia merupakan tumbuhan yang kecil dan menjalar dan boleh menjalar spenajang 12 hingg 30 cm dari akarnya.
Batangnya kecil , rapuh dan mudah patah serta mempunya bulu-bulu halus .
Bunga berwarna kuning terang dan mempunyai rasa yang masam kerana ia mengandungi asid oksalik
Buahnya pula berbentuk silinder dan mempunyai banyak biji benih yang halus.
Daunnya pula mengandungi sedikit selulos.