Nama Saintifik
Curcuma Xanthorrhiza Roxb

Nama Tempatan
Temulawak
Temu Putih
Temulawas
Temu Lobak

Khasiat
Temulawak terkenal sebagai ulam kecantikkan untuk awet muda . Temulawak baik untuk mengubati demam panas , mengatasi kelesuan , sengal � sengal badan , memelihara kesihatan hati dan mengubati selsema bagi kanak � kanak . Baik untuk kegunaan wanita lepas bersalin , Ia juga baik bagi para lelaki yang sering kepenatan dan lemah � lemah .

Temulawak amat terkenal dengan pelbagai kegunaan dalam perubatan tradisional . Pokok Temulawak mempunyai lebih dari sepuluh jenis antaranya temu merah , temu hitam , temu pauh , temu putih dan lain � lain lagi .
Ubi Temulawak berwarna kuning oren seakan kunyit , Cuma ubinya besar sikit dari kunyit .
Daun Temulawak lebar memanjang dan meruncing dihujung . Dibahagian depan daunnya terdapat jalur yang berwarna hitam keunguan yang keluar dari pelepah tangkai .