Nama Saintifik
Nelaleuca Leucadendra L

Nama Tempatan
Gelam
Kayu Putih

Khasiat
Seluruh Pokok Kayu Putih mempunyai khasiat yang tertentu . Seluruh pokok Kayu Putih termasuk kulit , daun , ranting dan buah boleh dijadikan ubat . Pokok kayu putih terdapat dua jenis iaitu batang merah dan putih . Dipercayai amat mujarab untuk mengubati sakit � sakit sendi , membuang angin , mengubati sakit perut , asma , sesak nafas , sakit kepala , batok , masaalah kulit , kesukaran untuk tidur dan letih badan . Daun Kayu putih sesuai untuk dibuat minyak angin .

Daun Kayu Putih berbentuk memanjang , tunggal dan bertangkai pendek . Kedudukkannya bersilang dalam satu cabang yang panjang dan tergantung kebawah . Hujungnya runcing dan tepinya rata . Permukaan daun terdapat rerambut halus berwarna hijau cokelat . Jika diramas , bau tengit minyak kayu putih akan keluar .
Bunga Kayu Putih berwarna merah dan berbentuk loceng . Ia keluar dari hujung tangkai yang panjang dan putiknya berwarna putih kekuningan . Buahnya berwarna cokelat .
Batang Pokok Kayu Putih tidak terlalu besar . Kulit batangnya berlapis dan berbelang . Batangnya yang berwarna kelabu mempunyai kulit yang berselirat dan tidak teratur .