Nama Saintifik
Solanum Torvum Swartz

Nama Tempatan
Terung Pipit
Terung Bulu Asasm
Terung Belanda

Khasiat
Terung Pipit membantu pembekuan darah , melegakan batuk , mengurangkan sakit akibat gastric dan untuk melancarkan haid yang tidak teratur . Namun begitu , Terung Pipit jika dimakan berlebihan buleh mengakibatkan keracunan dengan tanda � tanda seperti rabun mata , kejang otot , ulser .

Terung Pipit buleh dimasak sebagai sayuran . Ia adalah tanaman yang berperdu kecul dan tumbuh menegak . Terung Pipit adalah tanaman yang mudah didapati dikawasan lapang dan mendapat sinaran matahari .
Daunnya bersais besar dan tumbuh secara tunggal . Daunnya bersilang antara satu sama lain dan berbentuk bujur . Daun Terung Pipit yang berwarna hijau muda berlekuk ditepi dan runcing dihujung . Tangkainya pula berduri dan berbulu halus .
Bunga Terung Pipit bersais kecil dan berbentuk seperti bintang pecah lima . Warnanya putih dan kuning di tengahnya .
Buah Terung Pipit bulat , bertompok � tompok hitam dan licin . Ia keluar dari hujung cabang secara berkelompok .
Batang pokok berbentuk bulat , panjang , dan berwarna coklat dipangkal . manakala dibahagian pucuk berwarna hijau muda . Pokok Terung Pipit ini mempunyai banyak cabang dan berbulu halus . Batangnya juga mempunyai duri besar .