Nama Saintifik
Zingiber cassumunar

Nama Tempatan
Bonglai
Bangle
Mengkulai
Paini

Khasiat
Rizomnya jika dilumatkan boleh disapu sebagai losyen bagi mengurangkan bengkak . Ia merupakan ramuan penting bagi wanita lepas bersalin sebagaiubat periuk ataupun dijadikan tonik . Rebusan akar dan daun Bonglai boleh dibuat mandian bagi memanaskan badan serta menghilangkan sakit kepala . Ia juga boleh mengubati sakit sendi � sendi . Rizom Bonglai boleh dimakan sebagai ulam untuk mengubati sembelit .

Bonglai hidup meliar ditepian sungai dan belukar serta mudah ditemui . Ia tumbuh dikawasan tanah gembur berpasir . Ketinggiannya boleh mencapai sehingga 2m .
Daun Bonglai mempunyai pelepah panjang seperti halia . Ia tumbuh dari rizom yang besar . Daunnya panjang dan melebar , berbentuk bujur dan mengandungi anak daun yang banyak .
Bunganya mengambang tidak sekata dan berwarna merah keperangan dan berbelang � belang .
Rizom Bonglai mempunyai isi berwarna kuning pucat . Rizomnya mempunyai zat yang rasanya pahit dan pedas serta aromanya kuat .