Nama Saintifik
Euphorbia Hirta L

Nama Tempatan
Susu Nabi
Susu Kambing
Patikan Kerbau
Gelang Susu
Ara Tanah

Khasiat
Dipercayai getah dari Ara Tanah bersifat sejuk . Ara Tanah amat terkenal kerana berkesan mengubati ketumbuhan diselaput mata dan mata merah . Ara Tanah juga boleh mengubati penyakit asma , lelah , batuk , penyalit kulit seperti kurap , dan boleh mengubati meroyan pada ibu bersalin .

Pokok Ara Tanah adalah tumbuhan renek dan boleh mencapai ketinggian 2meter . Dahannya tumbuh melengkung rending dan pangkalnya bercabang � cabang .
Batangnya berwarna kemerahan dan akan mengeluarkan getah berwarna putih apabila dipatahkan .
Daun Ara Tanah kecil , berwarna hijau bertompok kelabu atau hijau muda . Daunnya bergeriji halus ditepinya , tajam , lebar dan berbulu .
Berbunga antara cabang daun dan batangnya . Bunganya kecil dan bulat , berambut dan dihujungnya berwarna merah jambu .