Nama Saintifik :
Elephantopus scaber

Nama Daerah :
Tapak Lema
Tapak Sulaiman
Tutup Bumi
Sebongbong

Khasiat :
Mengubati Batuk , Membuang Cacing , Mengubati Penyakit Busung atau Kesakitan Dalam Perut dan Baik Untuk Wanita Lepas Bersalin .

Tapak Gajah tumbuh rendah , berbatang pendek dan daunnya lebar menutupi bahagian pokok . Tapak Gajah boleh ditemui dikawasan hutan tanah pamah bukit . Ia tumbuh liar dikawasan yang bertanah lembap .
Daun Tapak Gajah rangup , bentuk daunnya hampir bulat dan warnanya hijau berkilat dengan uratnya tenggelam .
Bunga Tapak Gajah Bewarna kekuningan hingga merah , tumbuh secara berjambak dan bertangkai pendek serta rapat ke tangkai pucuk daun .