AYAT - AYAT AZAB

Ayat-ayat Azab adalah merupakan sebahagaian dari ayat-ayat yang boleh digunakan untuk meruqyah. Tetapi tidak mesti ayat-ayat Azab. Sahabat pernah meruqyah kepala suku dengan menggunakan surah Al Fatihah bukanlah surat yang berisi Azab. Malaikat Jibril sendiri meruqyah nabi dengan menggunakan surah muawwidzatain (Al Falaq dan An Nas). Dan kedua surah itu adalah surah perlindungan seperti namanya (muawwidzatain) dan bukan merupakan ayat Azab.

Terkadang jin kesakitan dengan dibacakan ayat-ayat umum seperti Al Fatihah, Ayat Kursi, tiga ayat terakhir surah Al Baqarah, muawwidzatain. Tetapi terkadang jin tidak bereaksi walaupu ayat-ayat tersebut telah dibacakan. Ada beberapa kemungkinan mengapa jin nampak tenang-tenang sahaja. Salah satu sebabnya adalah jin akan segera merasakan kekuatan ayat-ayat Allah ketika dipilihkan ayat-ayat yang membahas tentang kesalahan utama jin. Umpamanya, jin munafik akan sangat kesakitan jika dibacakan surah Al- Munafiqun dan ayat-ayat yang membongkar rahsia orang-orang munafik berikut azab yang akan menimpa mereka. Jin beragama Kristien akan merasakan kesakitan yang sangat ketika dibacakan surah Al –Maidah : 72-76 yang menceritakan bahawa sesiapa sahaja yang menuhankan Isa adalah kafir. Jika penyebabnya adalah kerana disihir, maka bacalah berulang-ulang ayat-ayat tentang sihir, kisah nabi Musa dan tukang sihir Firaun.

Jadi selain menggunakan ayat Azab, penggunaan ayat-ayat lainnya juga tergantung pada keadaan. Selain ayat-ayat Al Quran, masih ada juga doa-doa yang diajarkan Rasulullah s.a.w.

Bacaan ayat Al Quran kalau dibaca dengan benar fungsinya bukan untuk menghadirkan makhluk ghaib, melainkan untuk mengusirnya, sebab bacaan yang benar dan dilakukan oleh orang yang shalih akan dirasakan panas bagi membakar syaitan dan jin.

Bacaan ayat-ayat Azab berpengaruh pada jin sehingga akan mengusir dan menjauhkan jin dari jasad pesakit sebelum dia berbicara sehingga Allah telah menghindarkan anda dari kejahatannya atau menarik dan menghadirkan jin yang berada di dalam jasad dan memaksanya untuk berbicara dengan anda. Tanda-tanda kehadiran jin ketika rawatan adalah seperi berikut:

  • Memejamkan kedua mata atau memgerdipkan-ngerdipkan kedua mata dengan keras, atau meletakkan kedua tangan di atas kedua mata.
  • Gementar dengan keras pada jasad atau gementar ringan pada hujung jemari.
  • Memberontak dengan keras.
  • Teriak dan menjerit.
  • Menyebutkan namanya.

Setelah membaca bacaan ayatul Ruqyah tersebut di atas pada telinga pesakit dengan baik dan benar (tartil) dan suara keras maka akan terjadi tiga kemungkinan.

Pertama: Pesakit akan kerasukan dan jin akan bercakap melaui lidah pesakit tadi. Dalam keadaan begini hadapilah jin tersebut dengan cara berikut.

Mulailah berbicara dengan pertanyaan-pertanyaan berikut :

  • Siapa namamu? Apa agamamu?
  • Apa sebabnya kamu masuk ke jasad orang ini?
  • Apakah ada jin lain bersamamu di dalam jasad ini? Apakah kamu bekerja dengan tukang sihir?
  • Di mana kamu tinggal dalam jasad ini?
  • Perintahkan agar dia (jin) keluar dari jasad pesakit dan meninggalkan pesakit buat selama-lamanya.
  • Jikalau jin berdegil berikan ancaman dengan ancaman membakarnya dengan bacaan ayat-ayat Azab.