Berubat Dengan Benda-Benda Najis Ketika Darurat

Tidak dinafikan, ada juga antara penyakit itu yang sukar ditemui ubatnya. Sebahagiannya pula boleh disembuhkan dengan menggunakan ubat-ubatan daripada benda-benda najis iaitu berdasarkan pengalaman orang-orang terdahulu.

Oleh kerana itu, menurut pendapat yang ashah dalam mazhab Syafi�e, adalah harus berubat dengan segala benda najis, kecuali yang memabukkan, dengan alasan bahawa berubat itu merupakan perkara darurat. Sedangkan darurat itu mengharuskan kita mengambil apa yang ditegah, sebagaimana firman Allah Subhanahu Wata�ala
Tafsirnya: �Dan sesungguhnya Allah telah menerangkan kepada kamu satu persatu apa yang diharamkanNya atas kamu, kecuali yang terpaksa kamu memakannya.�
(Surah al-An��m: 119)

Berdasarkan ayat tersebut dan ayat-ayat seumpamanya, maka para ulama telah menggariskan kaedah:
Ertinya: �Keadaan-keadaan darurat itu mengharuskan perkara-perkara yang dilarang.�

Walau bagaimanapun, penggunaan najis sebagai ubat itu masih juga terikat dengan tidak melampaui batas, sebagaimana firman Allah Subhanahu Wata�ala:
Tafsirnya: �Maka sesiapa yang terpaksa kerana kelaparan (memakan benda-benda yang diharamkan) sedang dia tidak cenderung hendak melakukan dosa (maka bolehlah dia memakannya), kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.�
(Surah al-M�idah: 3)

Imam an-Nawawi Rahimahullah juga berpendapat bahawa harus berubat dengan najis selain arak. Hukum keharusan berubat itu sama sahaja bagi semua najis melainkan yang memabukkan. Ini berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Anas Radhiallahu �anhu yang bermaksud: �Bahawa serombongan suku �Ukal seramai lapan orang datang menemui Rasulullah Sallallahu �alaihi wasallam, lalu mereka berikrar kepada Nabi untuk masuk Islam. Kemudian cuaca kota Madinah merimaskan mereka dan mengakibatkan tubuh badan mereka sakit-sakit, lalu mereka mengadukan hal itu kepada Rasulullah Sallallahu �alaihi wasallam. Baginda bersabda kepada mereka: �Barangkali elok kamu pergi bersama tukang gembala kami kepada untanya, kemudian kamu dapatkan air kencing dan susunya.� Mereka menjawab: �Baiklah.� Mereka pun pergi dan meminum susu dan kencing unta itu, setelah itu mereka pun sihat. Tetapi kemudian mereka membunuh tukang gembala Rasulullah Sallallahu �alaihi wasallam itu dan merampas unta-untanya.�
(Hadis riwayat Bukhari)