Dalam sebuah hadis, daripada Usamah bin Syuraik menjelaskan bahawa segolongan orang Arab pernah bertanya kepada Nabi Sallallahu �alaihi wasallam, yang maksudnya:

�Wahai Rasulullah adakah kami boleh berubat?� Baginda menjawab: �Berubatlah kamu, kerana Allah �Azza wa Jalla tidak menjadikan penyakit melainkan Dia menjadikan ubatnya, kecuali satu jenis penyakit, iaitu sakit tua.�
(Hadis riwayat Abu Daud)

Dalam hadis yang lain pula, daripada Abu Hurairah Radhiallahu �anhu, bersabda Rasulullah Sallallahu �alaihi wasallam:
Maksudnya: �Allah tidak menurunkan sesuatu penyakit melainkan diturunkan bersamanya penyembuh.�
(Hadis riwayat al-Bukhari)

Cara Berubat

Pada dasarnya ubat atau penawar yang dianjurkan untuk dipakai mestilah ubat-ubatan yang halal, suci, bukan yang diharamkan dan dapat diterima oleh naluri pesakit.

Setengah ulama berpendapat berubat dengan benda yang haram itu tidak dibenarkan, bahkan ia diharamkan kecuali dalam keadaan darurat. Ini jelas bersandarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu ad-Darda� bahawa Rasulullah Sallallahu �alaihi wasallam bersabda:
Maksudnya: �Sesungguhnya Allah telah menurunkan penyakit dan ubat, dan dijadikan bagi setiap penyakit itu ubatnya, maka berubatlah kamu, dan jangan kamu berubat dengan yang diharamkan.�
(Hadis riwayat Abu Daud)

Manakala dalam hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah, beliau berkata:
Maksudnya: �Rasulullah Sallallahu �alaihi wasallam melarang daripada ubat yang kotor.�
(Hadis riwayat Abu Daud dan Ahmad)