Gangguan Jin Atau Makhluk Halus

Pertamanya, kewujudan makhluk halus mesti diakui. Dan kehadiran sesetengah dari jenis makhluk itu yang merosakkan, mengkhianati, memporak-perandakan, menyakiti dan mengganggu manusia juga mesti diakui. Banyak dalil-dalil dari Al-Quran dan hadis menyatakan tentang itu. Para cerdik pandai, terutamanya pakar perubatan barat juga kini telah mengakui bahawa kedapatan penyakit-penyakit yang dihidapi oleh manusia disebabkan oleh gangguan dari makhluk halus.

Kebanyakkan kita lebih mengetahui dan mempercayai bahawa golongan syaitan, jin, iblis dan sebagainya itu akan mengganggu umat Islam ketika mengerjakan ibadat khusus sahaja, seperti ketika solat, puasa dan lain-lain. Tetapi HARUS diketahui bahawa gangguan dari makhluk halus itu mencakupi dalam urusan harian manusia, seperti kesihatan, ketenteraman (fizikal dan mental), hubungan sesama manusia dan lain-lain lagi.

Gangguan tersebut juga boleh terjadi secara terus atau disebabkan oleh perbuatan khianat manusia kepada sesama manusia dengan menggunakan khidmat atau pertolongan dari makhluk halus baik secara langsung atau pun tidak langsung.

Kami sedia membantu anda untuk meyelesaikan segala masaalah penyakit yang anda hadapi dengan IZIN ALLAH . Jangan putus asa kerana harapan masih ada�. Insyaallah.

MANUSIA HANYA BERIKHTIAR TUHAN MENENTUKAN SEGALANYA, KESEMBUHAN ADALAH HAK MUTLAK TUHAN YANG MAHA ESA.

Renungan Rohani Antara Peranan Jahat Syaitan.

Mengikut kajian ulama, syaitan adalah jenis jin yang jahat perangainya. Syaitan berasal daripada api dan tabiatnya menyesatkan manusia. Oleh itu ia wujud di mana saja manusia berada. Ia mempunyai kebolehan menyerupai sesuatu di alam nyata, memperalatkan tubuh manusia, malah boleh hidup dalam badan orang yang disukainya.
Selain mendatangkan punca penyakit, pengsan dan gila, jin juga kadangkala mencuri atau dipakai untuk mencuri barangan orang.
Dalam ajaran Islam kita dapat mengesan bahawa malaikat, jin dan syaitan mempunyai jalan untuk mempengaruhi manusia supaya melakukan kebaikan atau sebaliknya.
Mengikut sebuah hadis Turmizi, "Malaikat menggunakan jalan itu untuk meniupkan ilham yang baik maka syaitan pula menyampaikan bisikan jahat dan mendustakan Allah�"
Orang yang bersih jiwanya dapat mendengar suara ilham yang disampaikan oleh pelawat di hadrat hati. Oleh itu, orang berkenaan berasa lapang dada dan terdorong untuk beramal. Malah ilham sendiri menjadi faktor penting jiwanya berasa gembira. Orang yang kotor jiwanya didatangi oleh jin atau syaitan. Malah mengikut surah al-Zukhruf ayat 36, Allah menyediakan satu syaitan secara tetap dalam hati yang kosong daripada zikir.
Syaitan itu menjadi sahabat karibnya. Surah Fussilat ayat 25 menghuraikan kerja syaitan berkenaan iaitu membisikkan kata-kata manis dan menghayalkan.
Sesungguhnya hasutan syaitan, jin atau roh jahat ke atas fizikal dan rohaniah manusia jelas sekali. Hasutan itu masuk ke dalam diri mereka menerusi pelbagai jalan. Antara yang paling dahsyat dan ganas ialah dengan renungan rohani ketika oarng yang berniat buruk mengamalkan jampi mentera atau sihir untuk tujuan tertentu terutamanya untuk merosakkan orang yang dibencinya.
Inilah antara rahsia ( dan Allah Maha Mengetahui ) mengapa syirik disifatkan sebagai dosa besar oleh Allah. Kerja seperti ini merosakkan kedua-dua pihak. Pengamal sihir rosak imannya, manakala mangsanya pula rosak iman, anggota dan mentalnya.