Teman Di Alam Barzakh

RIWAYAT al-Imam al-Bukhari dan Muslim, Anas Radiallahuanhu menceritakan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda "Ada tiga perkara yang mengiringi mayat apabila mayat tersebut hendak dikebumikan, iaitu kaum keluarga, hartanya dan amalannya. dua perkara akan kembali dan tidak ikut serta masuk ke kubur, sementara yang satu lagi akan terus bersama si mayat."


Di dalam hadis ini menerangkan yang semua benda bernyawa di muka bumi ini akan merasai mati termasuk manusia,jin dan malaikat. Kita bersama jin dijadikan atau diwujudkan supaya mengakui yang Allah itu adalah Tuhan yang sebenar Pencipta Alam termasuk langit dan bumi. Dia menyediakan rezeki kepada semua makhluk-Nya secara percuma tanpa apa-apa bayaran dan oleh kerana itu tidak wajar akan jin dan manusia ingkar dengan perintah Allah Subhanahu Wata'ala.

Dengan rahmat-Nya manusia dan jin diberikan akal untuk berfikir dengan perkara yang baik. Selain itu diberikan juga penglihatan untuk melihat perkara yang berfaedah, nikmat pendengaran untuk mendengar perkara yang baik. Oleh yang demikian adalah tidak wajar untuk mereka mengkufurkan nikmat Allah dan tidak melakukan amalan salih akan ditimpa azab dan akan ditempatkan dalam Neraka.

Allah mengutus Nabi bagi menyampaikan ajaran-Nya kepada umat manusia. daripada ajaran ini Nabi menyatakan yang Allah akan memberi ganjaran baik dan Syurga kepada mereka yang membuat amalan salih dan beriman kepada Allah.
Sebagai manusia yang dijadikan sempurna dari segala sudut, dimana rupa bentuk kita lebih cantik daripada pelbagai jenis binatang. Kita juga dekurniakan nikmat dapat berfikir yang mana baik dan buruk.
Disamping itu dengan akal fikiran yang dikurniakan, manusia dapat ilmu pengetahuan untuk memajukan kehidupan dan akan dapat memahami dengan jelas ajaran agama yang suci, supaya dapat dipelajari dan dipraktikkan dengan sempurna.

Ilmu pengetahuan akan mempermudahkan manusia mencari rezeki dan harta kekayaan dengan cara yang baik dan diterima agama, disamping itu harta akand apat digunakan kearah bidang kebajikan dan ibadat agar mendapat ganjaran yang baik daripada Allah. Allah Subhanahu Wata'ala menggalakkan mereka yang memiliki harta berlebihan untuk membantu golongan-golongan yang sangat memerlukans eperti fakir miskin, anak yatim dan lain-lainnya.
Sememangnya harta benda sangat berguna kepada manusia dan adalah digalakkan agar kekayaan itu dicari dengan cara baik dan halal.
Sesungguhnya harta benda sangat berguna kepada manusia dan adalah digalakkan agar kekayaan itu dicari dengan cara baik dan halal.

Sesungguhnya dunia ini adalah tempat sementara kita dan untuk kita membuat amal ibadat untuk akhirat, akan tetapi kita juga diseru mencari harta kekayaan untuk kehidupan kita sehari-hari setentunya dengan cara yang baikd an diredai Allah. Yang penting apabila mendapat kekayaan janganlah kita lalai, menunaikan tanggungjawab kepada Allah seperti sembahyang lima waktu, puasa dan lain-lainnya. Tanpa mengerjakan sembahyang, semua amalan-amalan kebajikan kita tidak akan mendpat ganjaran yang seharusnya, kerana sembahyang itu adalah tiang agama.

Janganlah kita cuai akan tanggungjawab kita terhadap Allah, kerana semua kita akan mati yang mana akan hilanglah peluang kita membuat amal ibadat, kecuali tiga perkara : Sedekah jariah yang masih dan dapat digunakan oleh mereka yang masih hidup; ilmu pengetahuan dan anak yang salih kepada kedua-dua ibu bapanya.
Sebagai seorang yang beriman semestinyalah kita melakukan semua yang berfaedah di dunia. Semua harta kekayaan di dunia, keluarga dan anak isteri akan kita tinggalkan. Hanya ilmu pengetahuan yang telah diamalkan dan amal kebajikan yang baik kepada Allah akan sentiasa bersama kita dan akan menjadi penyelamat daripada seksa kubur dan seksa api Neraka.